The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Halim Saari Kembali Bermain

Apr 17, 2022 - FAS

Awal bulan April yang lalu, Selangor FC telah mengumumkan kembalinya semula pemain tengah Halim Saari ke kem Gergasi Merah setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada awal musim 2021.

Halim telah mengikuti latihan berpasukan bersama rakan sepasukan secara sepenuhnya bagi mendapatkan semula kecergasan dan keyakinan untuk beliau kembali beraksi bersama mereka.

Bagi membantu beliau mendapatkan semula rentak permainannya, Halim telah diberi peluang menyertai perlawanan pasukan feeder, Selangor FC 2 untuk dua perlawanan setakat ini menentang Perak FC dan PDRM FC semalam. 

Beliau telah beraksi sekurang-kurangnya 45 minit dalam kedua-dua perlawanan bersama pemain-pemain muda Selangor FC 2 sebagai permulaan. 

Dalam masa yang sama, pemain-pemain muda Selangor FC juga teruja dapat beraksi bersama beliau. Halim sedikit sebanyak telah membantu pasukan untuk bermain dengan lebih teratur sepanjang beliau berada di padang.

Selangor FC gembira dengan proges Halim Saari. Semoga beliau dapat rentak permainannya dan beraksi bersama pasukan utama Gergasi Merah tidak lama lagi. Terus perjuangan Halim!

Demi Kebanggaan!